Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 19 Mei 2009

PESANAN HAWA KEPADA ADAM


DARI HAWA UNTUK ADAM

adamku,

kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. jika kau benar, maka benarlah aku. jika kau lalai, maka lalailah aku. wahai adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. akal ku satu, nafsu ku seribu. akalmu sembilan, nafsumu satu. oleh itu, adam pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.


adamku,

aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar nanti diberkati ya Rabbi. kenalkanlah aku pada majlis2 agama. ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. khabarkan padaku tentang fardu2 yang patut aku tahu. bimbinglah aku dengan amar maaruf nahi mungkar.


adamku,

ajarilah aku agar menjadi isteri mu yang solehah. didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. tolonglah aku adam supaya aku tidak beku. bantulah aku agar otakku tidak buntu. selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah. tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah, segagah dan seteguh Nai'lah al-Farasyiah yang tegar meski tangan bermandi darah membela kkalifah Allah. SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH, MOGA AKU HIASAN TERINDAH HIDUPMU ADAMKU.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan