
suara2 muslimah hari ini tidak kedengaran lagi seperti suara2 pejuang muslimah kala dulu...suara2 mereka kedengaran setiap waktu dan masa. hari ini suara itu tidak kedengaran yang hanya kedengaran hanyalah suara2 sumbang merobek setiap penjuru bumi....rindunya diriku pada suara2 itu...rindu ini tidak dapat aku tahan kerana aku terlalu rindu. lihatlah hari ini, suara2 sumbang menguasai alam yang dicipta oleh Allah SWT, tidak malukah mereka mengotori ciptaan yang hebat ini...lupakah kita Islam telah meninggikan martabat wanita?lupakah kita wanita adalah yang pertama masuk Islam? lupakah kita wanita juga telah membenarkan dan mempercayai kata2 nabi ? siapa lagi jika bukan isteri tercinta Rasulullah saw, siti Khadijah...wahai muslimah, marilah kita bangkit untuk membangunkan kembali suara2 pejuang muslimah. janganlah terlalu alpa dan leka dengan keindahan duniawi, bangkitlah kerana itu dapat membawa kejayaan yang di hari kemudian....hari ini bermula penulisanku untuk muslimah yang dihormati.....alhamdulillah, ahlan wa sahlan....


Tiada ulasan:
Catat Ulasan